Powered by Blogger.

Monday 11 March 2013

Program Headstart




 
 
Ponnn! Ponnn! Sila beri laluan untuk entri baru kali ini. Hehe
Okey, entri kali ini mengisahkan tentang Program Headstart.






Headstart merupakan satu program terbesar di Amerika Syarikat yang diperkenalkan oleh Presiden Lyndon Johson pada tahun 1965. Program ini menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga berumur 5 tahun. Program ini dirancang dan dikelolakan untuk kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.


Program Headstart menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat menyokong tumbesaran kanak-kanak yang merangkumi domain-domain seperti berikut:
  • bahasa dan literasi
  • kognitif dan pengetahuan am
  • perkembangan fizikal dan kesihatan
  • perkembangan sosial dan emosi
  • pendekatan pembelajaran  
 
Tujuan Program Headstart
  • membantu kanak-kanak yang datang daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah
  • memberi persediaan kepada kanak-kanak untuk belajar di sekolah
  • mencapai dan mengekalkan tahap pendidikan yang sama di sekolah 
 
Ciri-ciri Program Headstart
  • Penglibatan Ibu bapa 
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah. 

  • Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah. 

  • Pemakanan
Pusat Program Headstart mengajar kanak-kanak cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

  • Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

  • Perkhidmatan Sosial
Program ini membantu keluarga berusaha secara sendiri untuk meningkatkan kualiti hidup.
 

 

0 comments on "Program Headstart"

Post a Comment

 

Wonder Kids ✎ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez