Powered by Blogger.

Friday 1 March 2013

Glenn Doman




Gambar siapa ni? Mesti semua 'curious' pasal gambar dekat atas ini kan. 


Glenn Doman, itulah nama beliau. Seorang tokoh dalam bidang pembangunan awal kanak-kanak. Beliau juga merupakan seorang ahli terapi fizikal dan pengasas 'The Institutes for the Achievement of Human Potential' (IAHP).


Antara kaedah yang diperkenalkan oleh beliau ialah kaedah menggunakan flash cards untuk mengajar kanak-kanak membaca. Beliau berpendapat bahawa bayi berumur seawal 10 bulan sudah boleh didedahkan dengan bahan bacaan. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan anak mereka.


Flash Cards

Buku-buku yang bertajuk How to Teach Your Baby to Read (1964), How to Teach Your Baby Math (1979) dan How to Teach Your Baby to be Physically Superb (1988) adalah antara buku beliau yang terkenal.




0 comments on "Glenn Doman"

Post a Comment

 

Wonder Kids ✎ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez