Powered by Blogger.

Friday 29 March 2013

Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

1 comments


Prof. Howard Earl Gardner, lahir pada tanggal 11 Julai 1943 di Scranton, Pennsylvania. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kebangsaan Amerika dan menjadi profesor di Cognition and Education di Harvard Graduate School of Education Universitas Harvard.


TEORI PEMBELAJARAN 'MULTIPLE INTELLIGENCE'

Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan.
 
Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996), iaitu:

1. Kecerdasan linguistik
2. Kecerdasan logikal
3. Kecerdasan muzikal
4. Kecerdasan bodily kinesthetic
5. Kecerdasan interpersonal
6. Kecerdasan intrapersonal
7. Kecerdasal visual/spatial
8. Kecerdasan naturalist
9. Kecerdasan existentialist


i) Linguistik (word smart)
  • Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
  • Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)
  • Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare

ii) Logikal (number/reasoning smart)
  • Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.
  • Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
  • Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.

iii) Muzik (Music smart)
  • Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik.
  • Kerjaya: Komposer, Penyanyi
  • Contoh: P. Ramlee, Siti Nurhaliza
 
iv) Bodily / Kinesthetic (Body smart)
  • Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.
  • Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari.
  •  Contoh: Nicol David

v) Interpersonal (people smart)
  • Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.
  • Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
  • Contoh: Aznil Hj. Nawawi
 vi) Intrapersonal (Self smart)
  • Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.
  • Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.
  • Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.
 
vii) Visual / Spatial (Picture smart)
  • Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
  • Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
  • Contoh: Leonardo Da Vinci

viii) Naturalist (Nature smart)
  • Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
  • Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
  • Contoh: Charles Darwin

Belajar melalui bermain [Pedagogi Bermain]

0 comments


DEFINISI MAIN

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.

Knox (1968) berpendapat bahawa main sebagai satu saluran atau wahana untuk kanak-kanak belajar tentang dirinya dan dunia di sekeliling mereka. Main juga merupakan aktiviti spontan yang mana mempunyai raptai dalam kehidupan dengan mendapat pengalaman semasa bermain.

Waddle (1999), dalam kajiannya telah menunjukkan dua sebab yang berlainan berhubung dengan nilai bermain. Menurut beliau, pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa percaya bahawa main adalah cara yang terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang konsep, kemahiran dan tugas-tugas yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan.


DEFINISI PEDAGOGI 

Pedagogi merupakan kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.  


BELAJAR SAMBIL BERMAIN 

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu kanak-kanak tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Kanak-kanak berpeluang dan boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah benar.  

  
JENIS MAIN 
 
Main yang diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
  • main sosial
  • main kognitif

1. Main sosial  

Berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kumpulan. Main sosial terbahagi kepada 6 kategori iaitu :

*Unoccupied Play
Kanak-kanak tidak terlibat dalam aktiviti dan tidak bermain dengan alatan. 

*Onlooker Play
Kanak-kanak memerhatikan rakan-rakannya yang lain bermain dan dia lebih berminat dengan permainan orang lain. 

*Solitary Play
Kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan dan keadaan di sekelilingnya. 

*Parallel Play
Kanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya yang lain. Tiada interaksi yang berlaku untuk main jenis ini.  

*Associative Play
Melibatkan kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak yang lain dimana mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. 

*Cooperative Play
Melibatkan kanak-kanak bermain bersma-sama di dalam kelas.


2. Main kognitif
Bermaksud kanak-kanak menggunakan bahan maujud untuk memperoleh pengetahuan bagi menigkatkan perkembangan dan pengetahuan dari segi kognitif, fizikal, sosio emosi dan bahasa. Jenis-jenis main kognitif ialah :

*Functional of practice play
Berkaitan dengan peringkat motor deria. 

*Main simbolik
Memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti rama-rama atau bunga. 

*Main ‘games and rules’  
Memerlukan kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku mereka adalah terhad kerana mengikut peraturan permainan. 

*Main konstruktif
Main yang memerlukan kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan bahan atau alatan mainan yang lain untuk membina bahan lain seperti istana pasir, kenderaan dan sebagainya.


KEPENTINGAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK

1) Bermain untuk Perkembangan Fizikal
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) (Burns & Brainerd,1979); memori (Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.



 
~PLAY MORE, LEARN MORE~
 
 

Teori Perkembangan Sigmund Freud

0 comments
PENGENALAN
Sigmund Freud (6 Mei 1856-23 Septenber 1939) adalah seorang tokoh yang mempelopori teori Psikoanalisis dalam bidang psikologi. Dalam teori ini, pemikiran tidak sedar merupakan bahagian yang terbesar dalam tingkah laku seseorang. Ia tertarik pada hipnotis dan penggunaannya untuk membantu pesakit mental. Ia kemudian meninggalkan hipnotis untuk asosiasi bebas dan analisis mimpi untuk mengembangkan sesuatu yang kini dikenal sebagai "ubat dengan berbicara". 

STRUKTUR PERSONALITI SIGMUND FREUD

1. Id
  • Personaliti tidak sedar dipenuhi dengan naluri dan libido. Ia adalah sesuatu yang telah sedia ada.  
  • Struktur personaliti yang kuat yang disediakan dan disalurkan tenaga pada ego dan superego. 
  • Ia juga berkaitan secara langsung dengan kepuasan keinginan fisiologi tidak disedari dan terpendam dalam diri. 
  • Mementingkan diri, cari keseronokan, primitif, tidak berasaskan moral, ikut nafsu dan mendesak.
  • Kepuasan dicapai melalui tindakan refleks, khayalan atau fantasi iaitu proses pemikiran primer.

2. Ego
  • Wujud di tahun pertama. Aspek personaliti yang rasional yang arah dan kawal tingkah laku berdasarkan prinsip realiti. Pertimbangan dalam menentukan bila dan bagaimana id boleh dipenuhi ikut cara rasional & ditentukan oleh masyarakat. 
  • Ia tidak menghalang id tetapi cuma kawalan supaya ikut rasional dan diterima masyarakat. Kanak-kanak diajar buat pertimbangan yang betul (proses pemikiran sekundar)
  • Wujud pada tahap sedar dan prasedar.

3. Superego (5-6 tahun)
  • Aspek moral prinsip keunggulan yang dipelajari daripada ibu bapa dan masyarakat. (dendaan, pujian dan pemerhatian tingkah laku) 
  • Menekankan kesempurnaan moral halang langsung kehendak id.


TAHAP PERKEMBANGAN EMOSI

Peringkat oral (0-1 tahun)
  • Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap (sebelum 18 bulan) dan menggigit (selepas 18 bulan).
  • Memperoleh kepuasan dari belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas umur 8 bulan.
  • Personaliti terbentuk daripada pengalamannya.
  • Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan menggigit dan menghisap akan membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejek orang lain apabila besar.

Peringkat anal (1–3 tahun)
  • Memperoleh kepuasan daripada aktivti membuang najis.
  • Kanak-kanak akan belajar cara-cara menawal pembuangan air besar dan kecil bertujuan untuk mendapat perhatian.
  • Sifat bersih, kemas dan berjimat akan dapat dipupuk pada peringkat ini jika mereka dididik dengan cara yang sesuai. 
  • Kanak-kanak ini akan membantuk personalitI jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas.

Peringkat falik (3-6 tahun)
  • Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri 
  • Keadaan ini dpat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri.
  • Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanak-kanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya. 
  • Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya untuk menarik perhatian ibunya.
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam mengatasi maslah penyelesaian.
 
Peringkat latensi (6-11 tahun)
  • Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman. 
  • Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu.
  • Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti persekolahan 
  • Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang begaul akan merasa tidak puas berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka mengasingkan diri,, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong.
 
Peringkat genital ( 12 tahun ke atas) 
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak memasuki alam remaja.
  • Mereka mula menunjukkan minat rakan sebaya yang berlainan jantina.
  • Mereka mula memikirkan isu seperti “dating”, perkahwinan serta tentang kerjaya dan keluarga.
 

Monday 25 March 2013

Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget

1 comments

PENGENALAN

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Sumbangan Piaget lebih berfokus kepada perkembangan kognitif. Beliau mula berminat dengan pemikiran kanak-kanak apabila bekerja dengan ahli psikologi Perancis Alfred Binet yang membina ujian kecerdasan. latihan yang diperolehnya dalam bidang biologi sangat mempengaruhi ideanya dalam pembelajaran, pemikiran, dan teorinya tentang kecerdasan. Piaget berpendapat bahawa bayi dan kanak-kanak adalah pembelajar yang aktif.


KONSEP TEORI JEAN PIAGET
1. Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.

2. Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Oleh itu, kanak-kanak akan mendapat pengetahuan yang baru berkenaan "sebiji epal". 

 3. Akomodasi  
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

4. Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
  
TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.   Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :  
1. Tahap Sensorimotor @ deria motor (0-2 tahun)
  • Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif berkaitan dengan persekitarannya.
  • Pengekalan objek (gambaran objek dalam memori).
  • Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal. 
2. Tahap Praoperasi (2-7 tahun)
  • Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baru (perancangan).
  • Perwakilan sesuatu objek melalui simbol.
  • Kemahiran berbahasa meluas.
  • Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penakulan.
  • Sikap egosentrik.
3. Tahap Operasi Konkrit (7-12 tahun) 
  • Pemikiran secara logik dan masih terikat kepada situasi konkrit.
  • Kebolehan mengusai konsep pemuliharaan(conservation) yang terdiri daripada 3 prinsip asas iaitu identiti, ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan.
  • Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait.
  • Penguasaan proses penyusunan secara bersiri.
4. Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa) 
  • Pemikiran abstrak.
  • Pemikiran sistematik.
  • Kebolehan berhipotesis.
  • Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan rasa sering diperhatikan sekeliling).

Sunday 24 March 2013

Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

0 comments

PENGENALAN

Eric Homburger Ericson merupakan nama sebenar beliau. Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, Germany dan meninggal dunia pada 12 Mei 1994. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. 

Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya. 


PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON
  1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 
  2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.  
  3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.  
  4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.  
  5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
  
PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON
 
Tahap 1 : Kepercayaan lawan ketidakpercayaan (0 -18 bulan)
  • Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman.
  • Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.
  • Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain.
  • Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup.
  • Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya, jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

Tahap 2 : Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bulan-3 tahun) 
  • Konsep diri mula bertambah nyata.
  • Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain.
  • Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat.
  • Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
  • Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan.
  • Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri.
  • Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin. 
  • Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu. 
  • Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan.
  • Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong.
  • Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakkan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan. 

Tahap 3 : Inisiatif lawan bersalah (3-6 tahun) 
  • Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif.
  • Dapat belajar dan bergerak dengan cepat.
  • Lebih peka kepada perkara betul dan salah.
  • Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.
  • Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri.
  • Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif.
  • Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan. 

Tahap 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)
 
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Tahap 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun) 

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.  

Tahap 6 : Kerapatan lawan pengasingan (18-35 tahun)

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.  

Tahap 7: Generativiti lawan pemusatan kendiri "stagnasi" (35-60 tahun) 

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri. 

Tahap 8 : Kesepaduan lawan putus asa (60 tahun–akhir hayat) 

Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

Robert Havighurst

0 comments

PENGENALAN

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. Beliau adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya, Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter Havighurst adalah seorang pendidik di Universiti Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin bekerja dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut maklumat daripada keluarganya, Robert Havighurst meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.Robert 

Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai, norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya. Menurut beliau lagi, faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. 


KONSEP TEORI

Dalam teori kematangan ini, Gesell memfokuskan kepada kematangan individu dimana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu. 

Faktor baka atau dikenali sebagai gen ini akan diwarisi oleh kanak-kanak sejak pembentukan mereka di dalam rahim iaitu semasa proses persenyawaan sehingga proses kelahiran. Mereka akan mewarisi segala sifat, perwatakan,kebolehan dan kematangan yang dimiliki oleh ibu dan bapanya semenjak lahir hingga dewasa. Bagi melengkapkan lagi proses kematangan ini, ia juga dipengaruhi oleh persekitaran yang memainkan peranan untuk membantu proses kematangan bayi itu. 

Faktor persekitaran ini merujuk kepada persekitaran bayi di dalam rahim ibu dimana pengambilan makanan yang dilakukan oleh ibu, kesihatan dan bekalan oksigen yang cukup kepada bayi dalam rahim amat mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Menurut beliau, proses kematangan ini tidak boleh dipaksa kerana beliau berpendapat bahawa kematangan ini akan berlaku apabila kebolehan kanak-kanak itu sampai kepada titik dan kematangan tertentu iaitu mengikut pola dan urutan yang tersendiri. Ini bermakna selagi sistem saraf dan kematangan fizikal bayi belum bersedia maka ibu bapa tidak boleh memaksa bayi untuk melakukan sesuatu kemahiran tertentu. Dengan itu, Gesell lebih menitikberatkan keupayaan ibu bapa untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual. Contohnya kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak.


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak. Tetapi, hanya 5 peringkat perkembangan sahaja dalam entri kali ini akan dibincangkan.

Peringkat pertama : bayi dan awal kanak-kanak (lahir–2 tahun)

Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh kanak-kanak ketawa kerana mereka suka. 

Peringkat kedua : pertengahan kanak-kanak “ Toddlerhood” (2-3 tahun) Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak. 

Peringkat ketiga : prasekolah (4–6 tahun) 
Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanak-kanak yang lain. 

Peringkat keempat : sekolah rendah (6–12 tahun)
Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan. 

Peringkat kelima: awal remaja (12–18 tahun)
Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina.


Jadual Tugas Perkembangan Individu Mengikut 10 Peringkat Usia


 

Wonder Kids ✎ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez