Powered by Blogger.

Sunday 24 March 2013

Teori Perkembangan Arnold Gesell



PENGENALAN

Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara. Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami hampir menyenangkan di mana "hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952). 

Menurut Gesell, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan tidak akan berjaya.

Beliau berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.


5 PERINGKAT PERKEMBANGAN GESELL

 Peringkat 1 : dari 0 – 1 tahun
  • Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa yang menjaganya, sama ada meminta perhatian belaian atau makanan. 
  • Pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak di hadapannya. 
  • Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.
  • Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

Peringkat 2 : dari 1 tahun – 2 tahun
  • Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari. 
  • Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan’.
  • Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.

Peringkat 3 : dari 2 tahun – 3 tahun
  • Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa.
  • Mereka juga sudah mampu menggunakan ayat mudah.

Peringkat 4 : dari 3 tahun - 4 tahun 
  • Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga.
  • Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa.

Peringkat 5 : dari 4 tahun ke atas.
  • Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan. 
  • Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda yang mereka tempuhi atau lihat di sekeliling mereka. 
  • Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah.

 

 

0 comments on "Teori Perkembangan Arnold Gesell"

Post a Comment

 

Wonder Kids ✎ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez