PENGENALAN
Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. Beliau adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya, Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter Havighurst adalah seorang pendidik di Universiti Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin bekerja dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut maklumat daripada keluarganya, Robert Havighurst meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.Robert
Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. Beliau adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Kedua-dua ibu bapanya, Freeman Alfred Havighurst dan ibunya, Winifred Weter Havighurst adalah seorang pendidik di Universiti Lawrence. Robert Havighurst adalah seorang yang rajin bekerja dan amat terkenal pada tahun 80-an. Menurut maklumat daripada keluarganya, Robert Havighurst meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.Robert
Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal
dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau
berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut
dipengaruhi oleh nilai, norma serta budaya masyarakat dan
persekitarannya. Menurut beliau lagi, faktor biologi, sosial dan psikologi
juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.
Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya.
Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya.
KONSEP TEORI
Dalam teori kematangan ini, Gesell memfokuskan kepada kematangan
individu dimana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua
faktor iaitu faktor baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama
kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu.
Faktor baka
atau dikenali sebagai gen ini akan diwarisi oleh kanak-kanak sejak
pembentukan mereka di dalam rahim iaitu semasa proses persenyawaan
sehingga proses kelahiran. Mereka akan mewarisi segala sifat,
perwatakan,kebolehan dan kematangan yang dimiliki oleh ibu dan bapanya
semenjak lahir hingga dewasa. Bagi melengkapkan lagi proses kematangan
ini, ia juga dipengaruhi oleh persekitaran yang memainkan peranan untuk
membantu proses kematangan bayi itu.
Faktor persekitaran ini merujuk
kepada persekitaran bayi di dalam rahim ibu dimana pengambilan makanan
yang dilakukan oleh ibu, kesihatan dan bekalan oksigen yang cukup kepada
bayi dalam rahim amat mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan
mereka. Menurut beliau, proses kematangan ini tidak boleh dipaksa kerana
beliau berpendapat bahawa kematangan ini akan berlaku apabila kebolehan
kanak-kanak itu sampai kepada titik dan kematangan tertentu iaitu mengikut pola dan urutan yang tersendiri. Ini bermakna selagi sistem
saraf dan kematangan fizikal bayi belum bersedia maka ibu bapa tidak
boleh memaksa bayi untuk melakukan sesuatu kemahiran tertentu. Dengan
itu, Gesell lebih menitikberatkan keupayaan ibu bapa untuk mengajar
kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual. Contohnya
kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia
dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama
mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri
sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin
menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak.
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN
Havighurst telah membahagikan kepada 10 peringkat dalam perkembangan kanak-kanak. Tetapi, hanya 5 peringkat perkembangan sahaja dalam entri kali ini akan dibincangkan.
Peringkat
pertama : bayi dan awal kanak-kanak (lahir–2 tahun)
Pada peringkat
ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan
pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada
tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami
sifat objek. Sebagai contoh kanak-kanak ketawa kerana mereka suka.
Peringkat kedua : pertengahan kanak-kanak “ Toddlerhood” (2-3 tahun) Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak.
Peringkat ketiga : prasekolah (4–6 tahun)
Kanak-kanak mula belajar peranan
mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru
peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah.
Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya
perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika
mereka jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok
atau kumpulan kanak-kanak yang lain.
Peringkat keempat : sekolah rendah (6–12 tahun)
Kanak-kanak mula belajar
bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi
konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja.
Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana
perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa.
Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti
menjaga kesihatan.
Peringkat kelima: awal remaja (12–18 tahun)
Pada
tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi
yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat
operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri
remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja
pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula
tertarik pada lain jantina.
Jadual Tugas Perkembangan Individu Mengikut 10 Peringkat Usia |
0 comments on "Robert Havighurst"
Post a Comment