Powered by Blogger.

Monday 11 March 2013

Mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak Penting?


SOALAN:

Adakah Pendidikan Awal Kanak-kanak penting?


JAWAPAN:

Ya! Pendidikan Awal Kanak-kanak sangat penting.






MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING?

  • Membentuk perkembangan holistik kanak-kanak
Perkembangan holistik boleh dilihat melalui akronim JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pendidikan Awal Kanak-kanak perlu diberikan seawal peringkat bayi lagi supaya perkembangan berlaku dengan menyeluruh. Contohnya melalui perkembangan emosi. Kanak-kanak dapat mengetahui bagaimana untuk meluahkan perasaan gembira, sedih dan marah mengikut situasi yang berlaku. 
  •  Memperoleh pembelajaran yang bermakna
Pembelajaran bermakna boleh diperoleh daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan seronok. Semasa peringkat awal inilah, kanak-kanak akan belajar pelbagai perkara baru melalui persekitaran mereka. Jadi sebagai seorang ibu bapa, mereka perlu memberi galakkan kepada anak mereka untuk meneroka terhadap alam sekeliling kerana melalui penerokaan kanak-kanak juga boleh belajar. Begitu juga dengan guru. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak supaya mereka berasa seronok untuk belajar. Sebab itulah guru perlu kreatif.
  • Melahirkan anak-anak yang perkerti mulia
Program Pendidikan Awal Kanak-kanak bukan sahaja menawarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Malah, pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang beragama Islam dan pendidikan Moral untuk kanak-kanak yang beragama lain turut diajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Dari situlah, kanak-kanak diajar tentang nilai-nilai murni seperti menghormati orang yang lebih tua, menyayangi antara satu sama lain dan bersikap jujur apabila diberikan tanggungjawab. Nilai-nilai seperti inilah yang kanak-kanak akan amalkan dalam kehidupan sehingga dewasa kelak.
  • Membentuk ruang peribadi kanak-kanak 
Apakah kaitan ruang peribadi kanak-kanak dengan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak? Ruang peribadi kanak-kanak merujuk kepada kemahiran sosial kanak-kanak tersebut semasa mereka berinteraksi dan cara penerimaan mereka yang positif terhadap orang lain sama ada ibu bapa, guru atau rakan sebaya. Jika kanak-kanak mengecilkan ruang peribadi mereka, maka mereka akan berasa selesa untuk bergaul dengan orang lain dan hal ini akan berlaku sebaliknya. Semasa di prasekolah misalnya, seorang kanak-kanak akan bermain bersama-sama dengan rakan yang lain tanpa perlu berebut alat permainan. Jadi dari situ dapat dilihat bahawa kanak-kanak tersebut diajar untuk bersosial dengan betul.
  • Memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak
Pendidikan Awal Kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kana-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini bahawa kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi.



Haaaaa, dah panjang lebar cerita pasal kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dekat atas ni. Hopefully, apa yang I share dekat u olls ni dapatlah bagi input sedikit sebanyak. Ye dok? :) Kesimpulannya senang je untuk entri kali ini,

"Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya"

 








0 comments on "Mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak Penting?"

Post a Comment

 

Wonder Kids ✎ Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez