Prof. Howard Earl Gardner, lahir pada tanggal 11 Julai 1943 di Scranton, Pennsylvania. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kebangsaan Amerika dan menjadi profesor di Cognition and Education di Harvard Graduate School of Education Universitas Harvard.
TEORI PEMBELAJARAN 'MULTIPLE INTELLIGENCE'
Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan.
Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996), iaitu:
1. Kecerdasan linguistik
2. Kecerdasan logikal
3. Kecerdasan muzikal
4. Kecerdasan bodily kinesthetic
5. Kecerdasan interpersonal
6. Kecerdasan intrapersonal
7. Kecerdasal visual/spatial
8. Kecerdasan naturalist
9. Kecerdasan existentialist
1. Kecerdasan linguistik
2. Kecerdasan logikal
3. Kecerdasan muzikal
4. Kecerdasan bodily kinesthetic
5. Kecerdasan interpersonal
6. Kecerdasan intrapersonal
7. Kecerdasal visual/spatial
8. Kecerdasan naturalist
9. Kecerdasan existentialist
i) Linguistik (word smart)
- Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
- Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)
- Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare
ii) Logikal (number/reasoning smart)
- Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.
- Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
- Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.
iii) Muzik (Music smart)
- Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik.
- Kerjaya: Komposer, Penyanyi
- Contoh: P. Ramlee, Siti Nurhaliza
iv) Bodily / Kinesthetic (Body smart)
- Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.
- Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari.
- Contoh: Nicol David
v) Interpersonal (people smart)
- Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.
- Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
- Contoh: Aznil Hj. Nawawi
- Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.
- Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.
- Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.
vii) Visual / Spatial (Picture smart)
- Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
- Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
- Contoh: Leonardo Da Vinci
viii) Naturalist (Nature smart)
- Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
- Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
- Contoh: Charles Darwin